Apa yang Perlu Disemak Sebelum Menyewa Kereta di Malaysia
Ingin menyewa kereta di Malaysia? Gunakan senarai semak praktikal ini untuk memeriksa kenderaan, memahami syarat sewaan, menyemak polisi bahan api dan perbatuan, serta mengetahui perkara yang perlu disahkan sebelum anda memulakan perjalanan

Apa yang Perlu Disemak Sebelum Menyewa Kereta di Malaysia
Menyewa kereta bukan sekadar memilih kenderaan dan membayar harga sewa.
Sebelum memulakan perjalanan, luangkan beberapa minit untuk memeriksa keadaan kereta dan memahami perkara penting dalam tempahan anda.
Pemeriksaan ringkas pada awal rental boleh membantu mengelakkan kekeliruan kemudian.
1. Sahkan Maklumat Tempahan
Pastikan kenderaan yang diterima sama dengan tempahan atau kategori kenderaan yang telah dipersetujui.
Semak:
- Model atau kategori kenderaan
- Tempoh sewaan
- Lokasi ambil dan hantar
- Waktu ambil dan hantar
- Harga sewa
- Deposit keselamatan
- Perkhidmatan tambahan
Jika terdapat perbezaan, dapatkan penjelasan sebelum meninggalkan lokasi pickup.
2. Periksa Keadaan Kenderaan
Periksa keseluruhan kereta dan lihat sama ada terdapat kerosakan sedia ada.
Semak:
- Bumper depan dan belakang
- Bahagian kiri dan kanan
- Windscreen dan cermin
- Rim dan tayar
- Lampu
- Bahagian dalaman
Pastikan juga fungsi asas seperti penghawa dinging, wiper dan tingkap berfungsi dengan baik.
Jika terdapat sesuatu yang tidak normal, maklumkan kepada syarikat sewa sebelum memandu.
3. Ambil Gambar atau Video
Rekod keadaan kenderaan sebelum rental bermula.
Ambil gambar:
- Depan, belakang, kiri dan kanan kereta
- Calar atau kemek sedia ada
- Rim
- Windscreen
- Bahagian dalaman
- Paras bahan api
- Odometer
Pastikan kerosakan sedia ada telah dimaklumkan atau direkodkan oleh syarikat sewa.
Ini memberikan rekod keadaan kenderaan yang jelas ketika pengambilan kereta.
4. Fahami Polisi Bahan Api & Mileage
Sebelum bergerak, sahkan:
Bahan Api: Apakah jenis bahan api yang digunakan dan berapa paras bahan api yang perlu dikembalikan?
Mileage: Adakah terdapat had mileage harian atau keseluruhan dan adakah caj tambahan dikenakan jika melebihi had?
Perkara ini lebih penting jika anda merancang perjalanan jarak jauh.
5. Semak Deposit & Caj Rental
Pastikan anda tahu jumlah yang perlu dibayar.
Sahkan:
- Harga rental
- Deposit keselamatan
- Kegunaan deposit
- Proses refund
- Caj tambahan yang mungkin dikenakan
Semak juga sama ada perkhidmatan seperti penghantaran kereta, driver tambahan, kerusi bayi atau tambahan lain yang mempunyai caj berasingan.
6. Fahami Perlindungan & Tanggungjawab Anda
Ketahui apa yang berlaku sekiranya kenderaan mengalami kerosakan atau terlibat dalam kemalangan.
Semak:
- Liabiliti atau excess anda
- Perlindungan yang disertakan
- Perlindungan tambahan, jika tersedia
- Pengecualian utama
- Prosedur melaporkan kemalangan atau kerosakan
Jangan anggap semua jenis kerosakan dilindungi secara automatik.
Jika terdapat terma yang tidak jelas, tanya sebelum memulakan perjalanan.
7. Sahkan Prosedur Return & Late Return
Pastikan anda tahu:
- Lokasi pemulangan
- Waktu kereta perlu dikembalikan
- Paras bahan api yang diperlukan
- Caj pemulangan lambat
- Prosedur selepas waktu operasi, jika berkenaan
- Perkara yang akan diperiksa ketika pemulangan
Sediakan masa yang mencukupi untuk mengembalikan kereta mengikut waktu yang dipersetujui.
8. Simpan Nombor Syarikat Sewa
Simpan nombor customer experience untuk dihubungi sebelum meninggalkan lokasi pengambilan.
Anda mungkin memerlukannya jika:
- Kereta mengalami masalah
- Warning light muncul
- Berlaku kemalangan
- Memerlukan roadside assistance
- Waktu return berubah
Lebih mudah jika maklumat tersebut sudah tersedia sebelum anda memerlukannya.
Checklist Ringkas Kereta Sewa
Sebelum memandu, pastikan anda tahu:
- Adakah ini kenderaan atau kategori yang ditempah?
- Adakah kerosakan sedia ada telah direkodkan?
- Sudahkah saya mengambil gambar atau video?
- Apakah bahan api yang digunakan?
- Apakah polisi mileage?
- Bagaimanakah deposit dikendalikan?
- Apakah tanggungjawab saya jika berlaku kerosakan?
- Di mana dan bila kereta perlu dikembalikan?
- Apakah caj jika return lewat?
- Siapa yang perlu dihubungi jika memerlukan bantuan?
Sebelum Mula Memandu
Anda tidak perlu mengambil masa terlalu lama untuk memeriksa kereta sewa.
Cukup pastikan keadaan kenderaan, harga rental, deposit, bahan api, mileage, perlindungan dan prosedur return semuanya jelas sebelum bergerak.
Beberapa minit untuk membuat pemeriksaan boleh menjadikan keseluruhan pengalaman rental lebih mudah.
Periksa kereta. Fahami terma. Mulakan perjalanan bersama Senjalan.