Langkau ke kandungan
Jalan & Plan29 September 2026

Jerebu di Malaysia: Apa yang Pelancong Perlu Tahu Sebelum Melancong

Melancong di Malaysia ketika musim jerebu? Ketahui bagaimana jerebu boleh menjejaskan kualiti udara, pemanduan dan aktiviti luar serta perkara yang perlu disemak sebelum memulakan perjalanan

Traveller driving through haze in Malaysia

Jerebu di Malaysia: Apa yang Pelancong Perlu Tahu Sebelum Melancong

Jerebu bukan sekadar menyebabkan pemandangan menjadi kurang jelas. Kualiti udara yang semakin buruk boleh mengurangkan jarak penglihatan, menyebabkan aktiviti luar kurang selesa dan menjejaskan rancangan seperti bersiar-siar, mendaki dan pemanduan.

Jika anda melancong di Malaysia ketika berlaku jerebu, semak Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini sebelum keluar untuk membantu anda merancang perjalanan dengan lebih baik.


1. Apa Itu Jerebu?

Jerebu berlaku apabila partikel dan bahan pencemar di udara menjejaskan kualiti udara serta jarak penglihatan. Ketika jerebu, anda mungkin mengalami:

  • Jarak penglihatan berkurang
  • Mata pedih atau berair
  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Hidung berair
  • Ketidakselesaan ketika bernafas

Kesannya boleh berbeza mengikut lokasi, tahap pencemaran udara dan keadaan kesihatan individu.


2. Apa Maksud Bacaan IPU Malaysia?

Malaysia menggunakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk menunjukkan tahap kualiti udara.

IPU Kualiti Udara
0–50 Baik
51–100 Sederhana
101–200 Tidak Sihat
201–300 Sangat Tidak Sihat
Lebih 300 Berbahaya

Kualiti udara boleh berubah sepanjang hari dan berbeza mengikut lokasi. Oleh itu, sentiasa semak bacaan IPU terkini untuk destinasi anda.


3. Bagaimana Jerebu Boleh Menjejaskan Rancangan Perjalanan?

Jerebu tidak semestinya bermaksud anda perlu membatalkan keseluruhan perjalanan. Namun, itinerari mungkin perlu diubah mengikut keadaan semasa.

Contohnya:

Rancangan Asal Alternatif
Bersiar-siar di kawasan terbuka Tarikan dalaman
Mendaki Muzium atau kafé
Aktiviti pantai Membeli belah / aktiviti dalaman
Photografi luar Galeri 
Berjalan lama di luar Itinerari dalam bangunan

Cara mudah untuk merancang:

Semak IPU → Ssemak Cuaca → Rancang Aktiviti→ Kekal Fleksibel


4. Memandu Ketika Jerebu

Jarak penglihatan yang berkurang boleh menjadikan pemanduan lebih mencabar. Ketika memandu dalam keadaan berjerebu:

  • Kurangkan kelajuan jika visibiliti rendah
  • Kekalkan jarak selamat dengan kenderaan di hadapan
  • Elakkan pertukaran lorong secara mengejut
  • Perhatikan papan tanda dan garisan jalan
  • Gunakan lampu kenderaan apabila sesuai
  • Tutup tingkap
  • Gunakan penghawan dingi dengan mod kitaran udara dalaman

Jika jarak penglihatan menjadi terlalu rendah, pertimbangkan untuk berhenti di tempat yang selamat daripada meneruskan perjalanan semata-mata untuk mengejar jadual.


5. Bagaimana Mengurangkan Pendedahan kepada Jerebu?

Apabila kualiti udara semakin buruk, kurangkan pendedahan dan aktiviti lasak di luar jika boleh. Antara langkah yang boleh diambil:

  • Luangkan lebih banyak masa di dalam bangunan
  • Kurangkan aktiviti lasak di luar
  • Minum air secukupnya
  • Tutup pintu dan tingkap apabila sesuai
  • Gunakan pelitup perlindungan yang sesuai apabila diperlukan
  • Pastikan ubat-ubatan biasa mudah dicapai
  • Sentiasa semak keadaan kualiti udara

Kanak-kanak, warga emas serta individu dengan masalah jantung atau pernafasan tertentu mungkin lebih terdedah kepada kesan jerebu.

Jika mengalami kesukaran bernafas, sakit dada atau gejala yang semakin teruk, dapatkan rawatan perubatan.


6. Apa yang Perlu Disemak Sebelum Keluar?

Sebelum memulakan perjalanan, semak:

IPU → Cuaca→ Visibiliti→ Aktiviti → Pengangkutan

Jika membuat perjalanan, semak keadaan di destinasi anda, bukan hanya lokasi semasa.

Tahap kualiti udara boleh berbeza antara Johor Bahru, Kuala Lumpur, Penang, Kuantan dan kawasan lain pada waktu yang sama.


Di Mana Boleh Semak IPU Malaysia?

Gunakan sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat semasa.

Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS) menyediakan maklumat rasmi IPU, manakala Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan panduan kesihatan ketika jerebu.

Jabatan Alam Sekitar Malaysia (IPU)

Kementerian Kesihatan Malaysia — Maklumat Jerebu

Elakkan bergantung hanya pada screenshot lama atau maklumat media sosial kerana keadaan jerebu boleh berubah sepanjang hari.


Travel Ketika Jerebu: Ingat Ini

Jerebu tidak semestinya bermaksud keseluruhan perjalanan perlu dibatalkan.

Sebaliknya:

Ssemak → Sesuaikan → Kurangkan Pendedahan → Pandu Berhati-hati → Ikuti Perkembangan

Semak kualiti udara semasa, kekalkan itinerari yang fleksibel dan ubah aktiviti luar jika keadaan semakin buruk.

Kekal peka. Travel dengan selamat. Terokai Malaysia bersama Senjalan.

https://senjalan.com