Langkau ke kandungan
Jalan & Drive13 September 2026

Bagaimana Deposit Kereta Sewa Berfungsi di Malaysia

Ingin menyewa kereta di Malaysia? Ketahui cara deposit keselamatan berfungsi, sebab ia diperlukan, bila ia dipulangkan, dan perkara yang boleh menyebabkan potongan dibuat daripada deposit anda

Traveller paying a security deposit for a rental car in Malaysia

Bagaimana Deposit Kereta Sewa Berfungsi di Malaysia

Jika anda pertama kali menyewa kereta di Malaysia, anda mungkin perlu membayar deposit keselamatan selain daripada harga sewaan.

Deposit bukanlah caj sewaan. Ia merupakan sejumlah wang yang dipegang sebagai jaminan sepanjang tempoh sewaan dan mungkin akan dipulangkan selepas kenderaan dikembalikan, tertakluk pada terma syarikat sewaan.

Berikut ialah perkara penting yang perlu anda tahu.


1. Apa Itu Deposit Kereta Sewa?

Deposit kereta sewa atau deposit keselamatan ialah sejumlah wang yang dikutip atau dipegang oleh syarikat sewaan sepanjang tempoh sewaan.

Contohnya:

Harga Rental: RM300
Security Deposit: RM200
Jumlah Bayaran Awal: RM500

RM300 ialah bayaran untuk menyewa kenderaan. RM200 pula ialah deposit keselamatan yang mungkin dipulangkan selepas sewaan tamat sekiranya semua syarat berkaitan telah dipenuhi.


2. Mengapa Deposit Keselamatan Diperlukan?

Deposit digunakan sebagai jaminan untuk caj tertentu yang mungkin berlaku sepanjang tempoh sewaan.

Bergantung pada perjanjian sewaan, ia mungkin melibatkan:

  • Kerosakan kenderaan
  • Barang atau kunci yang hilang
  • Caj bahan api
  • Excess mileage
  • Pemulangan lewat
  • Caj pembersihan tambahan
  • Caj sewaan lain yang berkaitan

Sebab potongan boleh berbeza mengikut syarikat sewaan. Oleh itu, semak terma sebelum tempahan.


3. Berapa Jumlah Deposit?

Tiada satu kadar deposit yang sama untuk semua kereta sewa di Malaysia. 

Jumlahnya boleh bergantung pada:

  • Syarikat sewaan
  • Kategori kenderaan
  • Tempoh sewa
  • Terma tempahan
  • Keperluan sewaan lain

Sebagai contoh, kereta segmen ekonomi mungkin mempunyai deposit yang berbeza daripada SUV, MPV atau kereta premium.

Semak jumlah deposit sebenar untuk tempahan anda sebelum membuat pembayaran.


4. Adakah Deposit Boleh Dikembalikan?

Dalam kebanyakan rental, ya. Namun, pemulangan deposit tidak semestinya bermaksud wang akan dipulangkan serta-merta selepas anda return kereta.

Syarikat sewaan mungkin perlu menyemak:

  • Keadaan kenderaan
  • Paras bahan api
  • Mileage
  • Kunci dan aksesori
  • Caj tertunggak
  • Syarat sewaan lain

Jika semuanya teratur, deposit boleh diproses untuk pemulangan mengikut polisi syarikat.


5. Apa yang Boleh Ditolak Daripada Deposit?

Bergantung pada perjanjian sewaan, potongan mungkin dikenakan untuk:

Kerosakan : Kerosakan baharu yang dikenal pasti selepas sewaan

Bahan Api : Kereta dipulangkan dengan paras bahan api lebih rendah daripada yang ditetapkan

Mileage : Melebihi had mileage yang diberikan

Pemulangan lewat : Kereta dipulangkan lewat daripada waktu yang dipersetujui

Pembersihan : Pembersihan tambahan diperlukan melebihi penggunaan biasa

Barang Hilang : Kunci, aksesori atau barang kenderaan hilang

Deposit tidak semestinya akan dipotong sepenuhnya jika berlaku sesuatu. Sebarang potongan perlu mengikut terma rental yang berkaitan.


6. Berapa Lama Proses Pemulangan Deposit?

Tempoh pemulangan berbeza mengikut syarikat sewaan dan kaedah pembayaran.

Ia mungkin bergantung pada:

  • Pemeriksaan kenderaan
  • Caj tertunggak
  • Kaedah pembayaran
  • Payment prosessor
  • Tempoh pemprosesan bank

Sebelum booking, anda boleh bertanya: “Berapa lama proses pemulangan deposit keselamatan?”

Dengan cara ini, anda tahu bila wang tersebut dijangka dikembalikan.


Deposit vs Harga Sewaan

Kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza:

  Harga Rental Deposit Keselamatan
Tujuan Bayaran menggunakan kenderaan Jaminan sepanjang sewaan
Refundable? Biasanya tidak selepas kenderaan digunakan Mungkin akan dikembalikan tertakluk pada terma
Jumlah Berdasarkan kadar dan tempoh sewaan Bergantung pada syarikat dan jenis kenderaan
Potongan Tidak berkaitan Mungkin dikenakan mengikut terma

Jadi, ingat: Harga Rental ≠ Security Deposit


Cara Mengelakkan Masalah Deposit

Sebelum memandu:

  • Fahami terma deposit
  • Ambil gambar atau video kenderaan
  • Pastikan kerosakan sedia ada direkodkan
  • Semak paras bahan api dan mileage
  • Fahami syarat pemulangan

Sepanjang sewaan, patuhi syarat mileage, bahan api, penggunaan dan pemanduan.

Semasa pemulangan, pulangkan kereta mengikut masa dan simpan rekod berkaitan jika diperlukan.


Soalan yang Perlu Ditanya Sebelum Membayar

Sebelum mengesahkan booking, tanya:

  • Berapa jumlah deposit? 
  • Adakah deposit refundable?
  • Bagaimana deposit perlu dibayar?
  • Apa yang boleh menyebabkan potongan?
  • Bila deposit akan dipulangkan?
  • Bagaimana saya akan dimaklumkan jika terdapat potongan?

Maklumat ini membantu anda memahami proses deposit sebelum sewaan bermula.


Kesimpulan

Deposit keselamatan kereta sewa adalah berasingan daripada harga sewaan dan biasanya dipegang sebagai jaminan sepanjang tempoh rental.

Sebelum booking, ingat empat perkara:

Jumlah Deposit + Sebab Potongan + Proses Refund + Tempoh Refund

Fahami semuanya sebelum membuat pembayaran supaya anda tahu apa yang perlu dijangka selepas sewaan tamat.

Fahami kos. Ketahui proses deposit. Sewa dengan lebih yakin bersama Senjalan.