Langkau ke kandungan
Jalan & Plan28 September 2026

Malaysia Digital Arrival Card (MDAC): Siapa yang Perlu Mengisi dan Cara Mendaftar

Merancang perjalanan ke Malaysia? Ketahui siapa yang perlu mengisi Malaysia Digital Arrival Card (MDAC), siapa yang dikecualikan, bila perlu menghantarnya dan cara mendaftar melalui portal rasmi Imigresen.

Traveller completing the Malaysia Digital Arrival Card before entering Malaysia

Malaysia Digital Arrival Card (MDAC): Siapa yang Perlu Mengisi dan Cara Mendaftar

Merancang perjalanan ke Malaysia?

Sebelum melancong, pelancong antarabangsa mungkin perlu melengkapkan Malaysia Digital Arrival Card (MDAC).

MDAC ialah sistem maklumat ketibaan secara dalam talian yang digunakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Ia membolehkan pelancong antarabangsa yang layak memberikan maklumat peribadi dan perjalanan sebelum memasuki Malaysia.

Penting: Keperluan imigresen boleh berubah. Sentiasa semak maklumat terkini daripada Jabatan Imigresen Malaysia sebelum melancong.


1. Apa Itu Malaysia Digital Arrival Card?

Malaysia Digital Arrival Card (MDAC) ialah borang maklumat ketibaan secara dalam talian untuk pelancong antarabangsa yang layak memasuki Malaysia.

Ia digunakan untuk mengemukakan maklumat peribadi dan perjalanan sebelum ketibaan. MDAC bukan visa.

MDAC = Maklumat ketibaan

Visa = Keperluan kebenaran masuk berdasarkan kewarganegaraan dan tujuan perjalanan

Bergantung pada kewarganegaraan dan status imigresen, anda mungkin perlu mengisi MDAC walaupun tidak memerlukan visa untuk melawat Malaysia.


2. Siapa yang Perlu Mengisi MDAC?

Ramai pelancong antarabangsa yang memasuki Malaysia mungkin perlu mengisi MDAC kecuali mereka termasuk dalam kategori pengecualian yang berkaitan.

Ini mungkin termasuk pelancong yang datang untuk:

  • Pelancongan
  • Lawatan singkat
  • Melawat keluarga
  • Perjalanan perniagaan
  • Tujuan perjalanan jangka pendek lain yang dibenarkan

Namun, keperluan tidak semestinya sama untuk setiap pelancong.

Kewarganegaraan, pasport dan status imigresen boleh menentukan sama ada MDAC diperlukan.


3. Siapa yang Dikecualikan daripada MDAC?

Sesetengah kategori pelancong mungkin dikecualikan daripada keperluan MDAC.

Antaranya termasuk:

  • Warganegara Malaysia
  • Warganegara Singapura
  • Penduduk Tetap Malaysia
  • Pemegang pass jangka panjang tertentu
  • Pemegang pasport diplomatik atau rasmi tertentu
  • Pemegang dokumen perjalanan atau pas sempadan tertentu yang layak

Oleh kerana pengecualian bergantung pada status dan dokumen perjalanan sebenar, sentiasa semak panduan Imigresen terkini sebelum melancong.


Bagaimana dengan Pelancong dari Singapura?

Warganegara Singapura merupakan antara kategori yang dikecualikan daripada MDAC. Namun:

 Singapore Citizen ≠ Singapore Resident

Jika anda tinggal di Singapura tetapi menggunakan pasport negara lain, semak keperluan berdasarkan kewarganegaraan dan status imigresen sebenar anda.

Perkara yang sama perlu diberi perhatian oleh Penduduk Tetap Singapura yang bukan warganegara Singapura.


4. Bila Perlu Mengisi MDAC?

MDAC perlu dilengkapkan dalam tempoh yang ditetapkan sebelum ketibaan anda di Malaysia.

Sediakan pasport, tarikh perjalanan dan maklumat penginapan sebelum memulakan pendaftaran.

Sentiasa semak portal rasmi MDAC untuk keperluan penyerahan terkini sebelum melancong.


5. Di Mana Perlu Mendaftar MDAC?

Gunakan hanya portal rasmi MDAC Jabatan Imigresen Malaysia. Berhati-hati dengan pihak ketiga atau laman web tidak rasmi yang mungkin muncul dalam carian talian.

Sebelum memasukkan maklumat pasport atau peribadi, pastikan anda berada di laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia.


6. Maklumat Apa yang Diperlukan?

Sediakan maklumat berikut sebelum memulakan pendaftaran:

Maklumat Peribadi:

  • Nama penuh
  • Maklumat pasport
  • Kewarganegaraan
  • Tarikh lahir

Maklumat Perjalanan:

  • Tarikh ketibaan
  • Tarikh berlepas
  • Cara perjalanan
  • Tempat ketibaah
  • Penginapan di Malaysia

Maklumat untuk Dihubungi:

  • E-mel
  • Nombor Telefon

Ikut maklumat yang diminta dalam borang rasmi MDAC ketika membuat pendaftaran.


7. Bagaimana Cara Mendaftar MDAC?

Prosesnya boleh diingati melalui beberapa langkah mudah:

Langkah 1 : Buka Portal Rasmi

Pergi ke portal rasmi MDAC Jabatan Imigresen Malaysia.

Langkah 2 : Masukkan Maklumat Peribadi

Masukkan maklumat mengikut butiran yang tertera dalam pasport.

Langkah 3 : Masukkan Maklumat Perjalanan

Lengkapkan maklumat ketibaan, berlepas dan pengangkutan seperti yang diminta.

Langkah 4 : Masukkan Maklumat Penginapan

Berikan maklumat tempat penginapan anda di Malaysia.

Langkah 5 : Semak Maklumat

Anda diminta untuk membuat konfirmasi sebelum membuat penghantaran.

Langkah 6 : Penghantaran

Hantar pendaftaran dan simpan konfirmasi atau maklumat informasi yang diberikan oleh sistem.


8. Apa Berlaku Selepas Submit MDAC?

Simpan konfirmasi MDAC bersama pasport dan dokumen perjalananan anda. Ingat:

MDAC tidak menggantikan pasport. MDAC juga tidak secara automatik menjamin kemasukan ke Malaysia.

Pelancong masih perlu memenuhi keperluan imigresen yang berkaitan dan melalui pelepasan imigresen semasa tiba di Malaysia.


MDAC atau Visa?

Perbezaan paling penting untuk diingati: MDAC ≠ VISA

Bergantung pada kewarganegaraan dan keadaan perjalanan, anda mungkin:

  • Memerlukan MDAC tetapi tidak memerlukan visa
  • Memerlukan MDAC dan visa
  • Dikecualikan daripada MDAC
  • Tertakluk kepada keperluan imigresen lain

Sentiasa semak keperluan berdasarkan pasport dan tujuan perjalanan anda.


Checklist MDAC Sebelum Melancong

Sebelum perjalanan:

Semak → Sediakan → Daftar → Periksa → Simpan

  • Semak sama ada anda memerlukan MDAC
  • Sediakan pasport dan maklumat melancong
  • Gunakan portal rasmi Imigresen
  • Periksa semua maklumat sebelum penghantaran
  • Simpan dokuman konfirmasi anda

Dengan menyelesaikan keperluan ketibaan lebih awal, anda boleh memberi lebih fokus kepada perancangan perjalanan dan pengalaman anda di Malaysia.

Sediakan ketibaan anda. Rancang perjalanan. Terokai Malaysia bersama Senjalan.

https://senjalan.com