Langkau ke kandungan
Jalan & Drive13 September 2026

Dokumen Apa yang Diperlukan untuk Menyewa Kereta di Malaysia?

Merancang untuk menyewa kereta di Malaysia? Ketahui dokumen yang mungkin anda perlukan termasuk lesen memandu yang sah, dokumen pengenalan diri, pasport, IDP dan pengesahan tempahan sebelum mengambil kenderaan

Traveller preparing documents to rent a car in Malaysia

Dokumen Apa yang Diperlukan untuk Menyewa Kereta di Malaysia?

Merancang untuk menyewa kereta di Malaysia?

Sebelum mengambil kenderaan, anda perlu menyediakan dokumen untuk mengesahkan identiti dan kelayakan anda untuk memandu.

Keperluan mungkin berbeza mengikut kewarganegaraan, lesen memandu dan syarikat sewaan. Menyediakan dokumen lebih awal boleh membantu mengelakkan kelewatan semasa pengambilan kenderaan.


1. Lesen Memandu yang Sah

Lesen memandu yang sah merupakan dokumen paling penting untuk sewa kereta.

Sebelum booking, pastikan lesen anda:

  • Masih sah dan belum tamat tempoh
  • Milik individu yang akan memandu
  • Diterima oleh syarikat sewaan
  • Memenuhi syarat kategori kenderaan

Syarikat sewaan juga mungkin mempunyai syarat tertentu berkaitan umur pemandu, jenis lesen atau pengalaman memandu.

Jika tidak pasti sama ada lesen anda diterima, semak sebelum membuat tempahan.


2. Dokumen Pengenalan atau Passport

Anda juga perlu menyediakan dokumen untuk pengesahan identiti.

Warganegara Malaysia:

  • MyKad atau Kad Pengenalan
  • Lesen memandu Malaysia yang sah

Dokumen tambahan mungkin diminta bergantung pada proses varifikasi syarikat sewaan.

Pengembara ASEAN:

  • Passport
  • Lesen memandu negara asal yang sah
  • Maklumat penginapan atau hotel, jika diperlukan

Pengembara Bukan ASEAN:

  • Passport
  • Lesen memandu negara asal yang sah
  • Lesen Memandu Antarabangsa (IDP)
  • Maklumat penginapan atau hotel, jika diperlukan

Sentiasa sahkan keperluan sebenar dengan syarikat sewaan sebelum perjalanan.


3. Adakah Lesen Memandu Antarabangsa (IDP) Diperlukan?

Ia bergantung pada lesen memandu dan syarat rental yang berkaitan.

Lesen Memandu Antarabangsa (IDP) mungkin diperlukan untuk sesetengah pemandu antarabangsa dan biasanya perlu digunakan bersama lesen memandu asal. IDP bukan pengganti kepada lesen asal anda.

Jika anda datang dari luar negara, semak terlebih dahulu sama ada lesen anda diterima atau IDP atau dokumen sokongan lain diperlukan.


4. Pengesahan Tempahan

Simpan pengesahan tempahan sewaan dalam telefon anda. Ia mungkin mengandungi:

  • Nama penyewa
  • Rujukan tempahan
  • Tarikh sewaan
  • Kategori kenderaan
  • Lokasi dan masa pengambilan kenderaan
  • Maklumat penghantaran kenderaan
  • Caj sewaan

Pastikan semua maklumat adalah betul sebelum pengambilan.


5. Pembayaran & Deposit Keselamatan

Semak juga kaedah pembayaran dan deposit keselamatan sebelum mengambil kereta. Keperluan pembayaran boleh berbeza mengikut syarikat sewaan.

Sebelum pengambilan kenderaan, anda perlu menyemak:

  • Kaedah pembayaran yang diterima
  • Jumlah deposit keselamatan
  • Bila bayaran perlu dibuat
  • Bagaimana deposit dikendalikan

Ini membantu mengelakkan masalah pembayaran semasa proses pengambilan.


6. Bagaimana dengan Pemandu Tambahan?

Jika orang lain juga akan memandu, mereka mungkin perlu menyediakan:

  • Kad pengenalan atau Passport
  • Lesen memandu yang sah
  • Lesen Memandu Antarabangsa, jika diperlukan
  • Maklumat pemandu lain yang diperlukan

Mereka juga mungkin perlu didaftarkan sebagai pemandu tambahan yang dibenarkan sebelum memandu.

Jangan anggap pasangan, ahli keluarga atau rakan anda boleh memandu secara automatik.


Checklist Dokumen Ringkas

Penyewa Dokumen yang Perlu Disediakan
Malaysia IC/MyKad + Lesen Memandu Sah
Pengembara ASEAN Passport + Lesen Negara Asal + Maklumat Penginapan jika diperlukan
Pengembara Bukan ASEAN Passport + Lesen Negara Asal + IDP + Maklumat Penginapan jika diperlukan

Untuk semua booking, sediakan juga pengesahan tempahan, kaedah pembayaran dan deposit keselamatan jika berkenaan.


Sebelum Pergi ke Lokasi Pengambilan

Buat semakan ringkas:

  • Lesen memandu masih sah
  • IC atau passport tersedia
  • IDP tersedia jika diperlukan
  • Pengesahan tempahan telah disimpan
  • Kaedah pembayaran diterima
  • Deposit keselamatan telah disediakan
  • Dokumen pemandu tambahan tersedia jika diperlukan
  • Lokasi dan masa pengambilam telah disahkan

Pastikan Dokumen Anda Sudah Bersedia

Dokumen untuk sewaan kereta sebenarnya mudah jika anda tahu apa yang diperlukan.

Ingat:

Lesen Memandu + Pengenalan + Dokumen Sokongan + Maklumat Booking

Keperluan sebenar boleh berbeza, jadi sentiasa semak dengan syarikat sewaan sebelum pengambilan kenderaan. Apabila semua dokumen telah disediakan, proses penyerahan akan menjadi lebih mudah dan anda boleh memulakan perjalanan dengan lebih cepat.

Sediakan dokumen. Ambil kereta. Mulakan perjalanan bersama Senjalan.